Rabu, 28 April 2010

Hukum mewarnakan rambut

Soalan tentang hukum mewarnakan rambut perlu dilihat dari pelbagai aspek, seperti tujuan mewarna, jenis-jenis warna dan pihak-pihak yang terlibat dengan kegiatan mewarna serta kesannya kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Sehubungan ini ada sebuah hadis berkaitan dengan penjagaan rambut yang diriwayat Abu Dawud daripada Abu Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda yang membawa maksud: Sesiapa yang menyimpan rambut hendaklah ia mengemaskannya. (Miskat, 2/491). Mengemaskan rambut ertinya tidak membiarkannya kusut masai, tidak terurus, berterbangan apabila ditiup angin atau dibiar menjadi sarang tempat kutu membiak dan sebagainya.
Sebaliknya, rambut hendaklah dibersihkan setiap hari, diikat dan disapu minyak, supaya kelihatan sentiasa berseri. Bagi wanita pula hendaklah didandan atau diikat kemas, diwarnakannya jika sudah beruban dan tidak lagi diminati suaminya, tetapi hendaknya tidak dipamer kepada lelaki bukan mahramnya. Bagi wanita yang sudah lanjut usia dan tidak bersuami, tidak perlu lagi berbuat demikian, kerana tiada motif sebenar daripada pewarnaan rambutnya.
Sebahagian ulama melarang perbuatan mewarnakan rambut secara mutlak, seolah-olah warna rambut tidak boleh diubah daripada warna asalnya, namun sejauh yang diperhatikan, dalil-dalil yang dikemukakan bagi pengharaman itu tidak lengkap, atau larangan itu hanya kepada lelaki sahaja, sedangkan wanita dikecualikan, atau larangan dikhaskan kepada wanita tua yang mewarnakan rambutnya, supaya kelihatan muda dan bergaya, lalu diminati lelaki yang tertipu dengan rambut kepala yang kononnya masih hitam.
Saya berpendapat, mewarnakan rambut hukumnya harus bagi wanita yang bersuami, jika tujuannya memperlihatkan kecantikan kepada suaminya sahaja, tetapi hendaklah tidak mempamerkannya kepada umum. Amalan ini boleh dimasukkan di bawah tuntutan penjagaan rambut, sebagaimana dalam hadis di atas.
Selain itu menjaga keharmonian antara suami dan isteri sangat besar tuntutannya. Isteri tidak sia-sia, jika rambutnya yang putih itu tiba-tiba kelihatan hitam di hadapan suaminya. Bagaimanapun, wanita lebih suka memperlihatkan kecantikan dirinya kepada orang lain, bukan kepada suaminya.
Abd. Rahman ibn al-Jawzi (114-1201 M.) berpendapat, lelaki juga harus mewarnakan rambut ubannya dengan apa jua warna, termasuk hitam. Beliau menjawab hadis-hadis yang melarang mewarna rambut itu sebagai khusus kepada mereka yang bermotif untuk memelihara nafsu mudanya, sekalipun usianya sudah cukup tua, sehingga tiada tanda-tanda ingin insaf atau semangat kembali kepada cara hidup yang mengutamakan hari akhirat.
Sehubungan ini juga ada riwayat menyatakan, kaum Yahudi dan Nasara beranggapan mewarnakan rambut itu menjejaskan nilai-nilai agama dan ibadat seseorang manusia, justeru itu, kalangan agama dan paderi-paderi Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Anggapan ini dikira suatu keterlaluan dalam agama yang tidak sesuai dengan ajaran Islam.
Baginda Rasulullah s.a.w. melarang umat Islam mencontohi Yahudi dan Nasara, sebaliknya mereka hendaklah menunjukkan cara hidup dan budaya yang berbeza dengan budaya mereka. Dalam konteks ini baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. bersabda yang bermaksud: Kaum Yahudi dan Nasara tidak mewarnakan rambut mereka. Warnakan rambut kamu supaya tidak menyerupai mereka.
Bagaimanapun, ulama sepakat berpendapat, mewarnakan rambut itu tidak wajib, ia hanya sunat sahaja. Sahabat-sahabat nabi yang arif tentang sunah seperti Ali ibn Abu Talib, Ubayy ibn Ka'b dan Anas ibn Malik tidak mewarnakan rambut mereka.
Saya lebih cenderung kepada pandangan Ibn al-Jawzi yang dinyatakan di atas, iaitu setiap orang harus mengenali dirinya sendiri. Jika mewarnakan rambut itu bertujuan memungkinkan dirinya bersama-sama orang muda dalam gelanggang maksiat dan memuja nafsu, pada hal usianya sudah tiba untuk kembali bertaubat dan sentiasa ke masjid, sebenarnya orang ini masih belum sedarkan diri. Uban pada hakikatnya adalah penanda bahawa usia sudah tua, perjalanan hidupnya mungkin lebih separuh usia telah berlalu.
Soalan selanjutnya, apakah jenis-jenis warna yang dibenarkan? Adakah meliputi semua warna seperti hitam dan perang atau warna-warna tertentu sahaja. Ulama berpendapat, orang tua yang rambut kepala dan janggutnya sudah beruban putih, tidak wajar lagi memilih warna hitam, kerana warna ini hanya sesuai bagi orang muda. Jika berminat, pilihlah inai bagi mewarnakannya.
Keharusan bagi orang tua, sesuai dengan sebuah hadis yang menyatakan, tetakala Abu Quhafah, iaitu bapa Abu Bakar al-Siddiq dibawa kepada nabi s.a.w. pada hari pembebasan Mekah, apabila baginda melihat rambut kepala dan janggutnya beruban putih, lalu bersabda: Warnakan rambut dan janggutnya, tetapi jangan pilih warna hitam. (Muslim: bilangan 2102). Warna hitam dilarang, kerana Abu Quhafah adalah seorang tua yang tidak lagi sesuai dengan warna itu.
Hadis ini menurut sesetengah ulama bermaksud, jika orang muda ditumbuhi uban pada kepala dan janggutnya, sedangkan ia masih pada usia yang biasanya belum lagi beruban, maka harus baginya mewarnakan rambut kepala dan janggutnya dengan apa jua warna termasuk hitam, lebih-lebih lagi jika jiwanya merasa keberatan menerima kenyataan bahawa ia beruban pada usia itu.
Hukum ini samalah dengan seorang yang cacat anggota, ia sangat malu dengan kecacatannya, maka Islam mengharuskannya memperbaiki kecacatan itu, supaya hidupnya lebih tenteram, perasaannya lebih tenang, kerana Allah tidak memberati seseorang, kecuali setakat termampu olehnya.
Sehubungan ini Imam ibn Syiba al-Zuhri menyatakan: Kami berpendapat harus memilih warna hitam, jika kulit muka seseorang itu masih belum berkedut, giginya masih belum goyang, maksud beliau ialah waktu umurnya masih muda. Antara sahabat yang berpendapat harus memilih warna hitam ialah, Sa'd ibn Abu Waqqas, Uqbah ibn' Amir, al-Hasan dan al-Husain, Jarir dan lain-lain.
Sebahagian ulama termasuk Imam Syafi'i berpendapat haram menghitamkan rambut uban, kecuali bagi tentera ketika perang. Tujuannya supaya musuh berasa takut dan keliru dengan usianya yang masih muda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Zarr al-Ghifari r.a. katanya: Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud: Sebaik-baik pewarna bagi warnakan uban kamu ialah inai dan katam. Katam ialah pewarna yang diambil daripada sejenis pokok (Tirmizi: 1753. Abu Dawud: 4205). Hadis ini difahamkan warna inai hendaklah menjadi pilihan mereka yang ingin mewarnakan rambutnya.
Melihat kenyataan yang ada dalam masyarakat Islam hari ini, kalangan muda mudi Islam ada yang mewarnakan rambut mereka dengan warna perang, kerana meniru atau terpengaruh dengan orang Barat yang perang warna rambutnya. Sebahagiannya pula mewarna-warnikan rambut, kerana mengamalkan budaya punk kononnya. Fenomena ini tidak wujud pada zaman awal Islam, terutama ketika orang Barat belum dianggap sebagai bangsa yang maju di dunia.
Hukum Islam jelas dalam hal ini, iaitu melarang umatnya meniru dan menyerupai budaya dan cara hidup orang kafir. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia tergolong dalam kumpulan mereka. Tidak syak lagi, meniru budaya asing secara membuta tuli, tanpa memikirkan faedahnya, adalah suatu amalan yang salah dan membuktikan pendewaannya kepada bangsa yang dicontohinya.
Berbalik kepada soalan tentang bahan pewarna yang bertanda logo halal yang biasanya menunjukkan bahan itu bersih dan halal diguna. Saya kurang pasti sama ada pewarna itu untuk mewarna makanan dan minuman atau untuk mewarna rambut. Sepanjang pengetahuan saya, logo halal biasanya diletak pada makanan dan minuman sahaja. Barang-barang lain seperti pakaian dan alat-alat solek tidak diletakkan tanda itu.
Kita di sini berbincang soal halal haram bukan pada makanan, kerana makanan bergantung kepada sama ada suci atau najis sesuatu bahan yang hendak dimakan, sedangkan hukum mewarna rambut tidak kena-mengena dengan sama ada suci atau najis bahan itu, tetapi pada dalil, tujuan dan motif pewarnaan itu dilakukan.
Untuk pengetahuan puan yang bertanya juga, hukum mewarna rambut ini tiada kena-mengena dengan hukum mandi hadas dan wuduk kerana hukum mandi hadas dan wuduk ialah wajib meratakan air pada anggota badan yang wajib dibasuh. Jika bahan yang diguna bagi mewarnakan rambut itu menghalang sampainya air kepada anggota yang dibasuh maka hendaklah dibuang terlebih dahulu bahan itu, terutama sebelum wuduk dan mandi hadas.
Ini bermakna bukan semua pewarna menghalang sampai air, puan dengan mudah sahaja dapat membezakan antara pewarna yang menghalang dan tidak menghalang sampai air. Bahan-bahan seperti kunyit tidak menghalang, tetapi bahan seperti cat dan cecair getah tentunya melekat dan menghalang. Seseorang yang ingin mandi hadas atau berwuduk, hendaklah mempastikan diri atau anggota wuduknya bersih daripada bahan-bahan seperti cat dan getah terlebih dahulu.

Selasa, 27 April 2010

Mengajarkan Hukum Kehidupan dari Bencana

Air mata negeri ini tampaknya masih enggan untuk berhenti, kerana bencana demi bencana tetap menjadi pemandangan umum di depan mata kita. Rentetan peristiwa sedih yang mendera bangsa ini seolah-olah ingin membenarkan pepatah sejumlah kalangan bahwa Indonesia adalah negeri sejuta bencana.


Sejak memasuki tahun 2007, de facto telah terjadi sejumlah kejadian memilukan. Sebut saja di antaranya tenggelamnya Kapal Motor Senopati Nusantara, terbakar dan tenggelamnya kapal Levina I, tanah runtuh di Manggarai, gempa bumi yang menimpa sejumlah daerah di Sumatera Barat, serta terbakar-nya pesawat Garuda Indonesia di Yogyakarta, Rabu 7 Mac 2007.

Semua kejadian itu telah menelan ratusan korban jiwa. Hamparan mayat manusia lewat tayangan televisyen atau lembaran depan media cetak seolah-olah menunjukkan betapa kurang berharganya nyawa manusia itu. Soalan kita tentunya, bagaimana kita menyikapi sejumlah bencana yang menimpa bangsa ini? Tidak boleh dimungkiri, semua tragedi itu membuat kita semakin pilu dan semakin menambah deretan senarai orang yang menderita penyakit psikis seperti stres dan depresi, kerana kehilangan harta benda, lebih-lebih kerana kehilangan orang-orang yang mereka cintai.

Mesej Moral
Tetapi, sebagai bangsa yang beriman dan berpengharapan, dari aneka bencana itu kita dapat memetik sejumlah pelajaran moral berharga. Penulis sendiri melihat sekurang-kurangnya tiga perkara penting yang boleh kita petik sebagai mesej moral dari aneka bencana belakangan ini.

Pelajaran pertama, kita semakin disadarkan bahwa keserakahan telah menyengsarakan kehidupan kita sendiri. Sebahagian besar bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh serta kemalangan alat-alat pengangkutan tidak terlepas dari akibat dari ulah manusia. Berkaitan dengan bencana alam kita tidak lagi menunjukkan sikap bahawa alam adalah sebahagian dari kehidupan kita. Alam justeru kita perlakukan hanya sebagai objek kepentingan ekonomi belaka. Kerana kita merasa penguasa atas alam, maka kita sewenang-wenangnya terhadapnya. Ekosistemnya kita hancurkan.

Alam sebagaimana dipotret oleh Ann Neiss bukanlah benda mati tanpa undang-undang. Alam justeru sebahagian daripada kehidupan yang mempunyai hukumnya sendiri. Ia bahkan dilihat sebagai pusat segala makhluk (biocentre).

Oleh itu manusia menurut Neiss justru dituntut untuk mengikuti hukum alam manakala dia mahu hidup dengan nyaman dan tenteram. Sebaliknya manakala manusia menghancurkan alam dan menentang hukum-hukumnya, ia akan sengsara dan menderita. Dan tampaknya kita memilih pilihan kedua sebagai buah dari keserakahan itu. Demikian halnya terhadap sarana pengangkutan. Keserakahan telah menghilangkan Peraturan kepatutan serta pengawasan ketat dan berterusan atas kualiti.

Melihat kesan negatif yang luar biasa itu perlu kesedaran semua pihak, khususnya para perosak alam dan para pemilik sarana pengangkutan serta aparat kerajaan, agar mau menghentikan sikap serakahnya dengan menunjukkan kepedulian pada ekosistem alam serta hukum-hukumnya.

Pelajaran kedua, sejumlah bencana telah mengajarkan kepada kita betapa penting menempatkan keselamatan manusia dalam penggunaan teknologi. Dan pengunggulan humanitas itu hanya terjadi kalau tanggung jawab moral menjadi bahagian yang tidak terpisahkan dari pemanfaatan teknologi.

Ambivalensi
Tidak boleh dimungkiri, teknologi telah membawa sejumlah perubahan yang sangat drastik dalam segala aspek kehidupan. Bahkan boleh dikatakan teknologi dewasa ini seolah-olah menjadi bahagian yang tidak terpisahkan dari kewujudan manusia moden (co-existence). Namun, amat perlu disedari oleh kita bersama apa yang sudah pernah diingatkan oleh Jacques Ellul tentang ambivalensi teknologi itu sendiri. Teknologi tidak saja berdimensi konstruktif dalam erti mengembangkan kehidupan manusia di pelbagai aspek, tetapi juga berdimensi memusnah.

Artinya, teknologi justru bisa menjadi senjata yang sangat ampuh untuk menghancurkan nyawa manusia dalam hitungan waktu yang sangat singkat, kalau manusia lalai terhadapnya. Ellul sendiri sudah menyatakan bahawa bagaimanapun teknologi merupakan instrumen yang bersifat artisfisial dalam erti buatan manusia, bukan alat yang bersifat abadi. Sebagai alat artifisial teknologi memiliki kemampuan yang terhad.

Maksimalisasi kemampuan yang terhad demi kemajuan manusia hanya bisa terwujud apabila manusia memberikan perhatian atasnya melalui rawatan yang berterusan. Dengan kata lain, agar teknologi boleh semakin membuat kehidupan manusia lebih baik, diperlukan kepedulian terhadapnya.
Hans Jonas (1977) bahkan lebih jauh menyambung kepedulian pada high teknologi dengan tanggung jawab moral. Menurutnya kepedulian itu merupakan salah satu daripada kewujudan tanggung jawab moral terhadap keselamatan manusia. Karena teknologi tidak boleh merawat dirinya sendiri, maka manusialah yang harus melakukannya. Dan rawatan maksimum itu sesungguhnya merupakan wujud nyata dari kepedulian pada keselamatan manusia itu sendiri.

Tampaknya idea tanggung jawab moral dalam teknologi seperti digagaskan Hans Jonas di atas masih jauh dari perhatian kita, khususnya pihak-pihak yang berkaitan. Akibatnya, bencana demi bencana khususnya lewat alat-alat pengangkutan terus berlaku. Sedar atau tidak kita telah menempatkan teknologi pengangkutan sebagai alat pembunuh sesama bangsa kita, kerana sikap apatis pada perawatannya.

Menurut hemat penulis, kejadian yang menimpa bangsa kebelakangan ini, khususnya kemalangan dalam bidang pengangkutan seharusnya menyedarkan kita akan pentingnya mengembangkan etika kepedulian, meminjam Carol Gilligan (1985), sebagai tanda hidupnya tanggung jawab moral dalam teknologi.

Maksimalisasi etika kepedulian itu justru menjadi tanda besarnya kepedulian kita pada humanisme dalam teknologi itu sendiri. Pelajaran ketiga adalah kesedaran bahawa kita bukanlah penguasa mutlak atas alam semesta melalui teknologi yang kita ciptakan. Manusia (baca: kita) tetaplah sebahagian daripada makrokosmos. Sebagai sebahagian daripada makrokosmos manusia harus tetap mengakui bahawa masih ada Penguasa di luar dirinya.
Oleh itu mesej Erik Fromm (1978) yang berintikan agar manusia moden jangan meletakkan diri sebagai Tuhan tetap relevan ditempatkan sebagai bahan refleksi modernitas. Dengan kata lain, memupuk semangat keagamaan tetap menjadi bagian yang tidak terpisahkan dari hidup manusia moden. Terutama berhadapan dengan bencana, semangat iman ini menjadi tumpuan dan sandaran untuk ketenangan jiwa di era moden ini.

Semangat keagamaan yang besar ini pulalah yang mampu mendorong kita keluar dari keterpurukan dalam aneka aspek kehidupan berbangsa dan bernegara

Hukum Mencukur Bulu Kening

Menurut pandangan syara' adalah haram kepada seseorang perempuan mencukur bulu keningnya kerana itu bererti merubah ciptaan Allah dan merubah ciptaan Allah ini adalah dilarang keras di dalam Al-Quran. Perbuatan ini juga menyerupai masyarakat yang bukan Islam, sedangkan Islam sudahpun mempunyai identiti tersendiri dalam soal perhiasan.


Di dalam sebuah hadis yang sahih melarang keras seseorang perempuan itu menyambung rambut rambutnya dan meminta orang lain menyambung rambutnya dan lain-lain, apalagi perbuatan mencukur buku kening. Kecuali jika bulu-bulu tersebut tumbuh di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tumbuh pada diri perempuan, dikala itu wajiblah menghilangkannya, seperti tumbuh bulu di pipi, tumbuh misai dan janggut seperti lelaki, kesemua bulu-bulu ini hendaklah dibuang kerana ia menjelekkan pemandangan seseorang perempuan.

Mencabut bulu kening adalah haram sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud;"Allah melaknat orang-orang yang mencabut bulu keningnya dan juga orang yang tolong mencabutnya.


'Pada pandangan zahir apalah sangat cantiknya perempuan yang mencabut bulu kening itu. sudahlah dicabut kemudian dilukis semula.kadang-kadang lukisan tidak betul hingga boleh senget ataupun ada tebal disebelahnya.Bayangkan apa berlaku kalau hari hujan,lukisan kening itu akan terpadam.Apakah cantik jika seseorang itu tiada bulu keninig?
Bagaimaana pun mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan hukumnya adalah sunat.

Rabu, 17 Mac 2010

Mencukur Bulu Kemaluan

Bismillah Walhamdulillah, Amma Ba’d :


(1)Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan

Ada banyak hadis-hadis, antaranya :
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan.
(2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.
Berkenaan saintifik kenapa perlu buang, anda boleh merujuk kepada pakar-pakar perubatan.
Setakat yang ditemui oleh saya, kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.

Wallahualam .

MEMAHAMI ASAS PENGELUARAN HUKUM

leh al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri


  1. Asas yang menjadi rujukan kepada segala hukum-hakam Islam ialah al-Quran dan Hadis, seterusnya ijma` ilmuan Islam yang bersandarkan al-Quran dan hadis dan Qiyas. Asas-asas ini telah disepakati oleh ilmuan Islam sejak awal islam hingga sekarang sebagai sandaran bagi segala hukum-hakam Islam.


Di samping 4 sandaran hukum ini, terdapat pula beberapa lagi sandaran yang dipegang oleh sebahagian ulama dan ditolak oleh sebahagian ulama yang lain. Antaranya Masalih Mursalah, Istihsan, Ishtishab, Syariat umat sebelumnya dan amalan sahabat. AL-QURAN Al-Quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sedikit demi sedikit dalam tempoh 22 tahun baginda menjadi Rasul bermula umur baginda 40 tahun hinggalah wafat ketika berumur 63 tahun. Ianya mempunyai 6666 ayat. Setiap kali turun ayat al-Quran baginda akan membacanya kepada para sahabat untuk dihafaz dan difahami isi kandungannya. Justeru itu, ramai kalangan sahabat yang menghafaz al-Quran di dada-dada mereka. Tidak ramai kalangan sahabat yang menulis ayat-ayat al-Quran kerana kebanyakan mereka tidak tahu menulis. Hanya segelintir sahaja yang pandai menulis, lalu dilantik oleh Baginda untuk menulis ayat-ayat al-Quran apabila turun. Justeru al-Quran dijaga dengan dua cara iaitu hafazan dan tulisan.

HADIS
Hadis ialah segala apa yang disandarkan kepada baginda samada perkataan, perbuatan, sifat atau persetujuan nabi dengan tindakan para sahabat dengan cara berdiam diri.Hadis Rasulullah merupakan tafsiran bagi isi kandungan al-Quran. Justeru itu untuk memahami al-Quran perlulah terlebih dahulu merujuk kepada Hadis Rasululullah. Kedudukan hadis Nabi sebagai penjelasan bagi al-Quran disebut oleh Allah dalam firmanNya: “Dan Kami turunkan ke atas kamu Peringatan (al-Quran) agar kamu menjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” Penjelasan baginda selalunya berbentuk kaedah-kaedah yang umum, tetapi menyeluruh. Ia tidak memperincikan segala perlakuan manusia sepanjang zaman kerana perlakuan manusia sepanjang zaman tidak dapat dikira dan dihitung. Pada setiap zaman akan lahir perlakuan dan tindakan-tindakan baru bergantung kepada maju mundurnya sesuatu bangsa. Justeru dengan kaedah-kaedah umum tetapi menyeluruh yang disebut oleh baginda ia dapat dijadikan asas oleh umat terkemudian untuk menilai segala perbuatan-perbutan tersebut samada bertepatan atau bercanggah dengan kehendak Allah.Lantaran itulah lahirnya keperluan kepada ilmuan-ilmuan Islam untuk mentafsir dan menghurai kaedah-kaedah ini. Seterusnya menerapkannya ke atas kejadian-kejadiandan perlakuan-perlakuan baru yang berlaku dalam kehidupan manusia.

Jumaat, 15 Januari 2010

Kehidupan berasaskan hukum

Syariat Islam adalah hukum dan aturan Islam yang mengatur seluruh sendi kehidupan umat manusia, baik Muslim mahupun bukan Muslim. Selain berisi hukum dan aturan, Syariat Islam juga berisi penyelesaian masalah seluruh kehidupan ini. Maka oleh sebahagian penganut Islam, Syariat Islam merupakan panduan menyeluruh dan sempurna seluruh permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini.

* 1 Sumber Hukum Islam
o 1.1 Al-Qur'an
o 1.2 Hadis
o 1.3 Ijma'
o 1.4 Qiyas
o 1.5 Ijtihad
* 2 Wanita
* 3 Lihat pula
* 4 Pautan luar

Al-Qur'an

Al-Qur'an sebagai kitab suci umat Islam adalah sumber hukum Islam yang pertama kerana merupakan firman Allah yang disampaikan pada Nabi Muhammad SAW. Kerana tidak semuanya dinyatakan secara zahiriah, terdapat pelbagai tafsiran tentang isi-isi Al-Qur'an namun tidak ada yang saling bertentangan.

Hadis

Hadis adalah seluruh perkataan, perbuatan, dan persetujuan Nabi Muhammad yang kemudian dijadikan sumber hukum. Fungsi hadis antara lain:

* Mempertegas hukum dalam Al-Qur'an
* Memperjelas hukum dalam Al-Qur'an
* Menetapkan hukum yang belum ada di Al-Qur'an

Ijma'

Ijma' (إجماع) maknanya kesepakatan yakni kesepakatan para ulama dalam menetapkan suatu hukum dalam agama Islam berasaskan al-Quran dan Hadis dalam suatu perkara yang terjadi.

Qiyas

Qiyas (قياس) ialah proses taakulan berasaskan analogi daripada nass atau perintah yang diketahui untuk perkara-perkara baru. Qiyas menetapkan suatu hukum suatu perkara yang baru yang belum ada pada masa sebelumnya berasaskan perkara terdahulu yang memiliki kesamaan dari segi sebab, manfaat, bahaya dan berbagai aspek lain sehingga dihukumi sama.

jtihad

Ijtihad adalah sebuah usaha untuk menetapkan hukum Islam berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Ijtihad dilakukan setelah Nabi Muhammad telah wafat sehingga tidak boleh langsung menanyakan pada beliau tentang suatu hukum namun hal-hal ibadah tidak boleh diijtihadkan. Beberapa macam ijtihad adalah:

* Ijma', kesepakatan para ulama
* Qiyas, diumpamakan dengan suatu hal yang mirip dan sudah jelas hukumnya
* Maslahah Mursalah, untuk kemaslahatan umat
* 'Urf, kebiasaan