Bismillah Walhamdulillah, Amma Ba’d :
(1)Tolong letakkan hadith pasal ni dan kaitan dengan kebersihan
Ada banyak hadis-hadis, antaranya :
Dari Ibn Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : “Daripada perkara fitrah ialah mencukur bulu ari-ari, memotong kuku dan menggunting misai”. (HR al-Bukhari)
Fitrah adalah bermaksud apa yang dicenderungi oleh tabiat kejadian manusia yang sejahtera. Islam adalah agama yang fitrah dn ajarannya menepati fitrah kejadian manusia. Fitrah manusia suka kepada kebersihan dan kesucian. Justeru, amat bertepatanlah pensyariatan mencukur bulu ari-ari ini.
Dalam hadis selain menggunakan lafaz halq al-anah حلق العانة (cukur bulu ari-ari), Nabi s,.a.w juga menyebut dengan nama al-Istihdad. (al-Bukhari dan Muslim)
Al-Nawawi berkata : “al-Istihdad ialah halq al-anah (cukur bulu ari-ari). Dinamakan al-istihdad kerana caranya dengan menggunakan al-hadid (asal maksud besi ; dikehendaki di sini ialah pisau cukur).
Perbuatan ini adalah sunnah, dan maqasid atau tujuannya adalah untuk kebersihan manusia itu sendiri. Ini dapat difahami dari segi logic akal fikiran manusia. Sudah semestinya Islam amat menitik beratkan kebersihan. Ini disokong oleh banyak dalil-dalil umum yang lain seperti hadis Muslim (Bersuci itu separuh daripada iman) dan begitu juga ayat-ayat pujian tentang orang yang suka kepada kebersihan.
(2) Sebab saintifik kenapa perlu dibuang.
Berkenaan saintifik kenapa perlu buang, anda boleh merujuk kepada pakar-pakar perubatan.
Setakat yang ditemui oleh saya, kawasan bulu ari-ari adalah kawasan mudah berpeluh dan banyak keluar peluah. Sekiranya tidak dicukur bulu tersebut, maka ia akan menjadi banyak dan lebih banyak mengeluarkan peluh. Apabila terkena kesa-kesan kumuhan badan serta najis-najis lain, mungkin amat sukar untuk dihilangkan. Lama kelamaan ia mendatangkan bau yang kurang enak. Tambahan pula, mencukur bulu ari-ari mencegah daripada pembiakan kutu. Selain itu, ia juga membantu penjagaan kulit di kawasan kemaluan.
Wallahualam .
Rabu, 17 Mac 2010
MEMAHAMI ASAS PENGELUARAN HUKUM
leh al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
Di samping 4 sandaran hukum ini, terdapat pula beberapa lagi sandaran yang dipegang oleh sebahagian ulama dan ditolak oleh sebahagian ulama yang lain. Antaranya Masalih Mursalah, Istihsan, Ishtishab, Syariat umat sebelumnya dan amalan sahabat. AL-QURAN Al-Quran merupakan Kalam Allah yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sedikit demi sedikit dalam tempoh 22 tahun baginda menjadi Rasul bermula umur baginda 40 tahun hinggalah wafat ketika berumur 63 tahun. Ianya mempunyai 6666 ayat. Setiap kali turun ayat al-Quran baginda akan membacanya kepada para sahabat untuk dihafaz dan difahami isi kandungannya. Justeru itu, ramai kalangan sahabat yang menghafaz al-Quran di dada-dada mereka. Tidak ramai kalangan sahabat yang menulis ayat-ayat al-Quran kerana kebanyakan mereka tidak tahu menulis. Hanya segelintir sahaja yang pandai menulis, lalu dilantik oleh Baginda untuk menulis ayat-ayat al-Quran apabila turun. Justeru al-Quran dijaga dengan dua cara iaitu hafazan dan tulisan.
HADIS
Hadis ialah segala apa yang disandarkan kepada baginda samada perkataan, perbuatan, sifat atau persetujuan nabi dengan tindakan para sahabat dengan cara berdiam diri.Hadis Rasulullah merupakan tafsiran bagi isi kandungan al-Quran. Justeru itu untuk memahami al-Quran perlulah terlebih dahulu merujuk kepada Hadis Rasululullah. Kedudukan hadis Nabi sebagai penjelasan bagi al-Quran disebut oleh Allah dalam firmanNya: “Dan Kami turunkan ke atas kamu Peringatan (al-Quran) agar kamu menjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka.” Penjelasan baginda selalunya berbentuk kaedah-kaedah yang umum, tetapi menyeluruh. Ia tidak memperincikan segala perlakuan manusia sepanjang zaman kerana perlakuan manusia sepanjang zaman tidak dapat dikira dan dihitung. Pada setiap zaman akan lahir perlakuan dan tindakan-tindakan baru bergantung kepada maju mundurnya sesuatu bangsa. Justeru dengan kaedah-kaedah umum tetapi menyeluruh yang disebut oleh baginda ia dapat dijadikan asas oleh umat terkemudian untuk menilai segala perbuatan-perbutan tersebut samada bertepatan atau bercanggah dengan kehendak Allah.Lantaran itulah lahirnya keperluan kepada ilmuan-ilmuan Islam untuk mentafsir dan menghurai kaedah-kaedah ini. Seterusnya menerapkannya ke atas kejadian-kejadiandan perlakuan-perlakuan baru yang berlaku dalam kehidupan manusia.
Langgan:
Ulasan (Atom)
